2016年7月26日星期二

Bab 2

Kesantunan Berbahasa

Tutorial: 
1. Apa itu kesantunan ?


Kesantunan

  • Tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
  • Aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat.
  • Biasa disebut “tatakrama”.



Konsep Kesantunan



  • Mencerminkan nilai kesopanan yang halus. Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
  • Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
  • Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:

i. halus

ii. nilai rasa yang baik

iii. penuh kesopanan

iv. berusaha menghindari konflik antara                                                penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.


  • memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
  • Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang  baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan  kepada pihak yang menjadi teman bicara.
  • kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain.
  • penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-  rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali.
  • Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu.
  • Penggunaan bahasa yang lembut dan sopan melambangkan kesantunan berbahasa.
  • Menurut Ahmad Juhari Moain(1992), kesantunan bahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada melalui lisan atau tulisan.
  • Bahasa digunakan penuh dengan adat tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
  • Bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan.
  • Terpancar dalam setiap aspek kehidupan masyarakat, meliputi:
a. Adab pergaulan

b. Adab bertutur

c. Adab berpakaian

d. Adab bertamu dan menerima tamu

e. Adab bekerja

f. Adab makan

g. Adab berpolitik




Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia


  1. Perlakuan yang mengurangkan pengeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1075:64)
  2. Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Faser dan Nolan, 1981:96)
  3. Pelakuan yang menwujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983:104)
  4. Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (Brown & Levinson, 1987:62)
  5. Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)
  6. Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman (Bayraktaroglu, 1997:5)




Rumusan Konsep Kesantunan

  • Kesantunan merupakan penggunaan kata-kata atau pelakuan yang:
a. Sesuai
b. Ikhlas
c. Tidak menimbulkan konflik
d. Sentiasa menjagaair muka pendengar
e. Merangkumi hubungan manusia dengan manusia dan manusia         dengan Tuhan.
  • Pada umumnya, bahasa yang sopan menpunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai:
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.




2. Kenapa Kesantunan itu penting dalam masyarakat bertamadun?

  • Kesantunan berbahasa merupakan suatu moral dan suatu dasar atas perilaku seseorang. 
  • Dalam kesantunan berbahasa kita dapat menilai suatu sifat dalam diri seseorang itu.
  • Kita dapat melihat karakteristik dari diri seseorang itu. 
Dari tata cara bahasanya ataupun dari tutur bahasanya 

  • kita akan mampu menilai apakah orang ini memiliki kesantunan dan norma adat atau tidak. 
  • Kesantunan bahasa tidak hanya kita lihat dari tutur bicara seseorang tapi dapat juga kita lihat dari perilaku seseorang dengan tindakan seseorang itu. 
Jika dengan gerak tubuh , kita dapat melihat dari :
  1. Cara dia berdiri
  2. Cara dia berbicara sambil berdiri apakah kakinya pecicilan 
  • Dapat mecerminkan suatu karakteristik dari diri seseorang itu yang tidak sabaran.
Kesantunan 
  1. dapat dinilai dari tatabahasanya. 
  2. dapat kita lihat dari gerak tubuh seseorang itu.                 
  • Dalam berbahasa banyak yang mesti kita ingat seperti contohnya konotasi mahupun pemilihan kata yang tepat. 
  • Kita juga mesti memperhatikan struktur kalimat kita. 
  • Kita harus ingat kepada siapa kita berbicara, sehingga kata-kata kita dapat kita jaga dan memilih struktur kalimat dengan konteks yang tepat dan sopan.                 
  • Lalu yang dapat kita lihat adalah gerak tubuh atau sikap seseorang yang dapat mempengaruhi kesantunan kita. 
  • Emosi, ekspresi ataupun gerak tubuh lainnya akan dinilai orang lain saat melihat kita. 
  • Misalnya, pada saat ada orang yang lebih tua saling berbicara jika kita ingin lewat, sebaiknya kita membungkuk sambil melalui dengan mengatakan maaf. Sehingga kita dilihat sebagai orang yang sopan dan tahu adat bagi mereka. 
  • Atau di lain kata, kita memiliki norma kesantuan yang ada melekat di dalam diri kita , sehingga kita selalu menghargai orang yang lebih tua dan tahu akan adat santun.                 
  • Kesantunan merupakan suatu norma yang kerap melekat dalam masyarakat. 
  • Terlebih lagi pada zaman sekarang, kesantunan pada anak muda sudah jarang dapat ditemukan. 
  • Oleh kerana itu, jika kita menemukan kesantunan pada anak muda , sangat patut kita acungi jempol. 
  • Kerana sudah sangat jarang kita temui atau kita lihat suatu kesantunan  yang dimiliki pada anak muda saat ini. 
  • Kerana sekarang sudah tidaklah lagi seperti zaman dulu. 
  • Oleh kerana itu , kesantunan selalu dijunjung tinggi di dalam masyarakat.                 
  • Kebanyakan yang terjadi di masyarakat adalah ketika mereka ingin menolak sesuatu atau tidak ingin menerima penawaran tersebut, seringkali mereka menyinggung perasaan seseorang atau tidak menggunakan kesantunan. 
  • Oleh kerana itu, jika ingin menolak lebih baik kita pertimbangkan terlebih dahulu gerak-gerik yang akan kita lakukan . 
  • Jika ingin menolak , seperti menggelengkan kepala secara ragu-ragu atau mengatakan “Tidak, terima kasih. Lain kali ya, bu / pak.” Sambil tersenyum.


2016年7月24日星期日

Bab 1

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


Tutorial: Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina



1. Budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa. 

  • Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. 

2. Budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. 

Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

3.Bahasa bermaksud lambang kepada sesuatu bangsa di dunia ini.


4.Bahasa juga membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain.

  • Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.



5.Budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara 

  • Terutamanya berkaitan dengan bahasa dalam aktiviti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyakiti hati orang lain.




AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT CINA

  • Menundukkan badan ketika memberi salam.
  • Hormat-menghormati.
  • Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
  • Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.

  • Makan menggunakan penyepit(chopstick).
  • Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
  • Melayan tetamu dengan baik.
  • Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak.
  • Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang.
  • Sopan santun semasa bergaul dengan ibu-bapa.


  • Sangat dititikberatkan dalam keluarga.
  • Menolong orang susah.
  • Pemurah.
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  • Nilai dan kepercayaan ini diikuti oleh satu generasi ke generasi yang seterusnya berteraskan aspek ashrama dharma.
  • Aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif mulia:


Aramldharma
Porullartha
Imbalkama
Vidulmoksha






Dalam perspektif orang Cina, budi bahasa mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam agama Buddha dan Konfusius.

  • Orang yang beragama Buddha sangat mementingkan budi bahasa dalam pengaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.
  • Buddha telah mengatakan bahawa: "Words have the power to both destroy and heal.When words are both true and kind, they can change our world."

  • Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan yang meningkatkan hubungan yang baik dan harmonis yang akan wujud jika nilai berbudi bahasa diamalkan antara satu sama lain.
  • Ajaran Konfusius menekankan konsep 5 hubungan iaitu Wulan yang mementingkan hubungan:


  • Raja dengan menteri
  • Ayah dengan anak
  • Suami dengan isteri
  • Abang dengan adik
  • Dan juga kawan





Ajaran Konfusius juga menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
  • Ajaran ini menitikberatkan pengamalan 4 kebaikan:

  1. Budi bahasa
  2. Kemurahan hati
  3. Kerajinan
  4. Sifat baik