2016年7月24日星期日

Bab 1

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


Tutorial: Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina



1. Budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa. 

  • Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. 

2. Budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. 

Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

3.Bahasa bermaksud lambang kepada sesuatu bangsa di dunia ini.


4.Bahasa juga membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain.

  • Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.



5.Budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara 

  • Terutamanya berkaitan dengan bahasa dalam aktiviti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyakiti hati orang lain.




AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT CINA

  • Menundukkan badan ketika memberi salam.
  • Hormat-menghormati.
  • Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
  • Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.

  • Makan menggunakan penyepit(chopstick).
  • Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
  • Melayan tetamu dengan baik.
  • Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak.
  • Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang.
  • Sopan santun semasa bergaul dengan ibu-bapa.


  • Sangat dititikberatkan dalam keluarga.
  • Menolong orang susah.
  • Pemurah.
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  • Nilai dan kepercayaan ini diikuti oleh satu generasi ke generasi yang seterusnya berteraskan aspek ashrama dharma.
  • Aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif mulia:


Aramldharma
Porullartha
Imbalkama
Vidulmoksha






Dalam perspektif orang Cina, budi bahasa mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam agama Buddha dan Konfusius.

  • Orang yang beragama Buddha sangat mementingkan budi bahasa dalam pengaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.
  • Buddha telah mengatakan bahawa: "Words have the power to both destroy and heal.When words are both true and kind, they can change our world."

  • Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan yang meningkatkan hubungan yang baik dan harmonis yang akan wujud jika nilai berbudi bahasa diamalkan antara satu sama lain.
  • Ajaran Konfusius menekankan konsep 5 hubungan iaitu Wulan yang mementingkan hubungan:


  • Raja dengan menteri
  • Ayah dengan anak
  • Suami dengan isteri
  • Abang dengan adik
  • Dan juga kawan





Ajaran Konfusius juga menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
  • Ajaran ini menitikberatkan pengamalan 4 kebaikan:

  1. Budi bahasa
  2. Kemurahan hati
  3. Kerajinan
  4. Sifat baik

没有评论:

发表评论